Friday, July 22, 2011

INILAH REALITI

ASSALAMUALAIKUM. Sedar tak sedar hari ney aje aku dah post dekat 4 entri(s). Nampak benor lainnya aku. Normally nak post satu entri pun liat yang teramat sangat. Tengok title, everyone knows what i'm talking about. Yess, its about life. And when i'm typing this, my feelings mixed! Everything turns mess, and i'm hoping for miracle to cheer me back. Sangat sunyi rumah aku memandangkan semua isi rumah dah pun ke kamar masing-masing. Tinggal aku seorang diri, menghadap laptop dan mencari medium yang dapat menenangkan emosi aku.
Pagi tadi, aku bicara mengenai hati dan perasaan. Malam ni, aku nak bicara mengenai kehilangan.

Apa yang korang rasa bila korang dah gaduh besar dengan orang yang korang sayang, and tiba tiba dia rahsiakan suatu rahsia yang besar? Yang akan membuatkan korang terkedu, speechless, nak menangis dan etc. Dan dia cakap, dia sedang menghitung hari mengikut pengiraan doktor???


Dan ini adalah apa yang aku rasa. Aku terdiam dan gelak. Kau tipu akukan??? Dan dia berkata, tidak. Dan saat tu aku rasa macam nak pengsan, tersungkur dan...entah! Aku nak menangis, tapi aku tak tahu kenapa aku tahan? Serius, aku tak sanggup nak face masa akan datang. Time tu korang ingat, flashback balik segala messages korang, tapi tak kesampaian. And time tu jugak, orang yang text korang all this while memang dah tak ada. Dan aku tak dapat nak membayangkan diri aku time tu. Sebab aku tak kuat nak hadapi ujian yang satu ney. Aku tahu ianya qada' dan qadar... Tapi aku cuma seorang gadis biasa yang tak kuat, bukanlah tabah nak menghadapi dugaan yang aku rasakan hebat.

Dan sejak dari hari tu, aku istighfar. Aku berharp sangat yang semua ni cuma mainan tidur. Aku bangun keesokan paginya dengan jiwa yang tenang, tapi aku tak mampu menipu diri sendiri. Hakikatnya telah jelas terpampang di depan mata. Aku tahu, Allah tak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu hamba-Nya tanggung, namun cukup kuatkah aku untuk menghadapi semua ini???

Andai bisa, aku nak undurkan masa lampau, dan hentikan waktu. Namun itu cuma kata. Realitinya adalah drama yang berlangsung pada esok, esok dan esok harinya.

Dan aku kini hanya mampu berdoa, agar semuanya seperti sediakala. Hadapi hari hari mendatang dengan penuh keceriaan dan keredhaan dari-Nya. Seandainya bisa... Namun Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Dan seandainya bisa... Biarlah hari hari esok itu mampu menguatkan dia. Mampu menahan dia dari mengingati   segalanya... Dan seandainya bisa, kerana aku mahu menjadi yang halal buat dia.

Ya Allah, tabahkanlah hati ini, permudahkanlah urusan kami dan kabulkanlah doa hamba-Mu ini...

- AMIN -

lukisan hidup.

faham x???


:)

an arts that represent a piece of memory..

ASSALAMUALAIKUM.  Aku nak post lukisan aku..well,aku nak tulis something,tapi aku tak mampu nak tulis.so,picture ney akan buat orang faham dgn apa yang aku nak sampaikan.


i made this for someone.but i dont know that the someone will realise it or not.

memg lukisan ney nampak huru hara,tapi ada meaning die okay. -,-

so,fahamkan???

sebab before this, i made a drawing which i sent to him...it was..


WAS  a memory.








DANNGGG!itu yang aku cuba nak sampaikan. :) yee aku taw aku xnmpk sedih.. ==" xtaw mcmane nak tunjuk.


Thursday, July 21, 2011

H & P :)

Assalamualaikum dan selamat pagi. :) Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Dan aku tak tahu kenapa aku sangat rajin untuk bangun awal sebegini.HAHA. Well, actually ada sebab kenapa aku bangun awal. Sebabnya adalah kerana aku dah lama tak berblogging. And then, sebab aku rasa aku nak buat entri baru. Setelah sekian dan hampir sebulan lebih aku menetap dan bergelar pelajar UiTM Alor Gajah,dan dah lama aku tak menekan benda tekan tekan ni. Orait, Actually hari ni, entri aku bertajuk hati dan perasaan. Kenapa? Jangan tanya, sebab aku sedang merasai sesuatu yang mengalir dalam hati, yang membunuh perasaan aku. HAHAHA. Ayat nak gah aje! :D


Hati dan perasaan, satu kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk lain pun ada perasaan. As example, ibu kucing. Yang pernah aku tengok depan mata aku adalah seekor ibu kucing protect anak-anak kucing dia and marah aku bila aku nak ambil seekor anak dia. Okay,renungan mata ibu kucing tu sangat menakutkan. See, itu adalah salah satu bukti bahawa setiap makhluk yang Allah ciptakan punya hati dan perasaan.


" Mungkin aku tersilap langkah, mungkin niat aku bertukar lain yang menyebabkan aku menghadapi kekecewaan ini. Dan mungkin ini adalah satu ujian dari Allah, untuk menguji kekuatan aku, keimanan aku sebagai seorang manusia,sebagai seorang muslim dan sebagai seorang hamba-Nya.Anugerah perasaan yang tidak ternilai ialah apabila kita dikurniakan perasaan kasih, sayang, cinta dan bermacam perasaan lain yang positif. Perasaan ini tidak mampu digambarkan mahupun di sentuh.Hanya manusia yang merasai perasaan ini sahaja yang mampu mengungkapkan tentang ini.Dan kadang kala, mereka yang merasai perasaan ini langsung tidak termampu mengungkpakan dengan kata kata. Begitu juga aku.


Aku hanyalah manusia biasa, yang langsung tidak sempurna, yang lemah dan bukan pula seorang yang tabah. Aku tak kuat untuk menghadapi kesukaran, namun aku gagahkan diri kerana aku tahu ini cuma dugaan semata-mata. Aku tak mampu untuk menangisi segala keperitan, kesakitan mahupun kegembiraan. Hanya sebaris senyuman yang mempunyai ribuan erti tersirat. Aku cuma gadis biasa, bukannya wonder woman, cat woman yang dikelaskan sebagai superhero yang perkasa. Sekali lagi aku katakan, aku sekadar gadis biasa. Tiada yang menarik. Tidaklah secantik wanita wanita lain di luar sana, namun aku tetap mensyukurinya, kerana aku tahu ini semua pinjaman cuma. Kelak, akan dipulangkan semula kepada yang Maha Esa. 


Aku ingin meluahkan segalanya. Namun, tiada setitis air mata yang keluar. Bukan kerana aku egois. Bukan kerana aku terlalu menjaga air muka aku, namun kerana tiada gunanya menangis kerana perilaku kamu! Astaghfirullah...Mungkin aku tidak mampu untuk membahagiakan kamu.Mungkin aku terlalu banyak kekurangan diri yang menyebabkan kau  berbuat demikian.


Jika kau lihat wajah aku, tiada sebarang perasaan luka terpancar. Aku hanya mampu tersenyum, senyum dan terus tersenyum. Aku tidak pandai menangis. Aku tidak reti menunjukkan luka aku. Namun aku merasai setiap perit yang menghiris hati. Acapkali aku terimbas perbuatan kamu, setiap itu aku rasakan lukanya. "


Okay,ayat aku sangat berbunga. Dari apa yang aku tulis dekat atas, korang dah dpt agakkan betapa sakitnya bila hati kita dilukai?Dipermainkan?Guys, kalau korang in a relationship tak kiralaa apa status sekalipun, never ever betray your partner. Jangan pernah menipu. Kalau korang buat, tell him/her the truth supaya partner korang tak terasa sakit sangat bila benda sebenar happen depan mata kepala him/her.


lukisan aku.HAHA.lawa tak?? :)
I'm done for my entry.Thanks for viewing.Thanks for reading.Thanks for leaving comment. ;)