Friday, December 31, 2010

ABC.

KLIK!KLIK!KLIK!Bunyi kamera Nikon milik Sophea.
SRAP!SRAP!SRAP!Bunyi kamus Dewan yang di selak Elyas.
GEDEGANG!GEDEGUNG!Bunyi periuk dan kuali Norish di dapur.
POT PET!POT PET!Mulut Azrin tidak henti-henti.
KETAK KETUK!KETAK KETUK!Bunyi jari jemari runcing milik Lara di atas meja.
SPLASHH!Bunyi air di kolam renang apabila Naufal terjun ke dalam.
Hidup mereka sepi...dan kosong...
Perkara yang sama dilakukan berulang kali.
Sunyi hanya bertemankan suasana sekeliling.
' Aku bosan hanya bertemankan gambar. ' kata Sophea.
' Ish,dari tadi duk selak kamus ni,naik petak otak aku! ' ujar Elyas.
' Bunyi hebat sangat,tapi satu apa masakan aku tak menjadi. ' keluh Norish.
' Penat membebel dekat budak-budak ni,tapi ibarat mencurah air ke daun keladi je! ' rungut Azrin.
' Dari tadi duduk dekat office papa,tak buat apa-apa.Boring! ' monolog Lara.
' Dah dekat tiga jam aku dalam swimming pool.Naik kecut badan. ' ujar Naufal.
Ya.Mereka bosan dengan hidup mereka yang hanya bertemakan warna hitam dan putih.
' Hah!Keluarlah pergi pekena ABC Pak Dol yang sedap tu.Lagi best kalau ramai-ramai macam dulu.Tapi.. '
Masing-masing mengeluh.
VROOM!VROOM!VROOM!Deruan enjin mereka semua.


                                          ABC SEDAP PAK DOL!!


Myvi putih SE milik Sophea,Toyota Rush milik Elyas,Proton Inspira milik Norish,Viva milik Azrin,Honda Jazz  milik Lara dan Honda City milik Naufal di parkir di kawasan meletak kereta.
Tanpa sesiapa menyedari akan kehadiran  masing-masing.
' Hai,enam sekawan datang balik dekat gerai Pak Dol akhirnya.'
Sophea,Elyas,Norish,Azrin,Lara dan Naufal saling berpandangan.
Seakan tidak percaya apa yang berada di hadapan mereka.
' Dah!Duduk,biar Pak Dol siapkan ABC kamu.Macam biasakan? '
Mereka berenam masih menyepi.
'Biar benar?I still can't believe that you are standing in front of me. ' ujar Lara.
' Hahaa,me neither. ' balas Naufal.
' Well,aku baru je terfikir nak makan dekat sini.Tapi lagi best kalau ramai-ramai macam dulu.Tak sangka pula
doa aku dimakbulkan.Alhamdulillah. ' kata Sophea.
Mereka semua ketawa,dan berkumpul seperti dahulu..15 tahun dahulu...        









p/s : sebenarnya aku tak tahu kenapa aku buat cerita ni.sori lah sebab ending dia agak membosankan. :)

It's Not Easy To Be Me. ( ROSE DAN KOPI )

Jeling,jeling,jeling si gadis ke dalam kedai..
milik empat jejaka pelbagai rupa...
kurus,tembam,rendah dan tinggi..yang leka menggubah bunga...
si kurus sibuk membantu seorang gadis yang rendah,berkulit hitam manis...
jeling,jeling,jeling lagi si gadis...mengeluh...
rambut yang terjuntai di selit ke telinga,dia jelas melihat segalanya di sebalik susunan bunga-bunga Lily putih...
meliar mata si gadis,akhirnya dia menyusun langkah...
' Selamat datang ke Danny R Florist. ' sambut si jejaka tembam.
si gadis mengangguk dan tersenyum.
' Itu. ' tunjuk si gadis.
' Armand? ' tanya si jejaka tembam kepada si gadis.
si gadis menggeleng.' Bukan yang tinggi tu.Bunga ros tu. '
ros merah,ros putih,ros kuning dan ros merah jambu...
tersusun elok di rak dan kelihatan segar-bugar..
' 10 ros merah,10 ros putih,1 ros kuning dan 1 ros merah jambu. ' pinta si gadis...
' Untuk siapa,cik? ' soal si jejaka tembam.
manakala si gadis terdiam.
' Putera saya. ' jawabnya...
' 22? ' namun si gadis tidak menyahut.Matanya di sorot ke bawah,melihat secawan kopi yang panas di tangannya...
' Siap,cik. ' si gadis terus membayar dan berlalu keluar...
pemergian si gadis di pandang sepi oleh si jejaka tinggi...
jeling,jeling,jeling si gadis...
meliar mata bundarnya melihat jalan raya...
hala tujunya hanya satu!
di mana puteranya berada..
si gadis melintas...tetapi....
' Rose! ' jerit si jejaka tinggi.Namun jeritannya tidak dihiraukan si gadis.
' Rose bawa kopi ni untuk abang.Ni,Rose beli bunga kesukaan abang.Bunga ros.Abang suka tak? '
si gadis duduk bersendirian di sebuah bangku.Dia tersenyum keseorangan.
' Rose.. ' si gadis mendongak.Memandang si jejaka tinggi di hadapannya.
' Danny dah tak ada,Rose. ' ujarnya.Namun si gadis masih tersenyum.
' Danny ada.Dia pesan dekat Rose tunggu dia dekat sini.Dia datang masa 22 Januari.Kan itu tarikh Rose dengan Danny jumpa.Inikan tempat kami berdua meluahkan perasaan masing-masing.Rose nak tunggu Dannylah ni.Kau pergilah balik! '
akhirnya si jejaka tinggi itu akur dan perlahan-lahan melangkah meninggalkan si gadis...
' Abang,cepatlah datang!Kopi abang sejuk nanti! ' pekik si gadis.
' Rose,terimalah hakikat yang Danny dah tak ada lagi. ' monolog si jejaka tinggi.
Si gadis tetap setia menanti,hinggakan kopi yang di belinya basi dan bunga-bunga ros itu layu...
dan setiap kali kopi itu basi,dan bunga-bunga itu layu...si gadis akan mengganti dan membeli yang baru sehingga puteranya kembali ke sisinya...

Thursday, December 30, 2010

It's Not Easy To Be Me Part 2. - Kawan-

Hahh...Well hari ni patutnya aku dah mula untuk tulis aku punya karya,tapi cam malas je.hahaha..Hari ni aku nak jadi journalist sat.Aku nak story about member2 yang aku sayang.Habis je SPM,aku tak kerja sebab aku malas and papa aku cakap tak payahlah.Lepas je habis exam,aku rasa boring.Boring sebab aku dah tak ada kawan yang aku nak sakat.Lagi2,aku duduk dekat hostel.Tahu je lah rapat kitorang dah macam adik-beradik.Member2 yang rapat dengan aku adalah..Nur Liana Mohd Sahimi , Aina Mardhiah Muhammad Khairuddin , Nur Amirah Mohd Nasai , Noor 'Afina Zainal Azhar ,Nur Ashira Bakhtin..Macam2 suka dan duka kami harungi bersama.Diorang jugalah antara orang2 yang menyaksikan jatuh bangun aku.Nana,seorang member yang sangatlah prihatin.Dia gilakan sajak2 aku.And boleh pulak bagi sajak aku kat boyfriend dia.Hahahaa..Aina Mardhiah?Member yang banyak tolong aku dalam subjects yang aku lemah.Dia banyak bagi dorongan dekat aku.Amirah pun sama..Banyak nasihat aku tentang hidup.Aku mengaku yang aku ni agak childish..Tapi dia jugalah ajar aku untuk jadi matang dalam diam.Thank you,korang.Dulu,aku rasa aku tak perlukan kawan.Frankly speaking,aku bukanlah seorang perempuan yang suka mix dengan orang lain.Aku dulu kuat kena buli.Siapa je aku nak harapkan sebab aku rasa tak ada siapa suka aku.Tapi rupa-rupanya Allah itu Maha Kaya.Dia kurniakan aku seorang sahabat yang banyak tolong aku.Back up aku.Bila aku nangis,dia pujuk aku.Semuanya tentang kawan bermula dari aku masuk tadika.Tadika Rasyad,Tmn Melawati.Thanks to Nadia and Aisyah yang selalu bersama aku.Dari situ aku mula tahu,seronok rupanya ada kawan.Masuk je sekolah rendah,first sekolah rendah aku,Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya,Wangsa Maju.Aku still budak yang berfikiran kolot.Hahaha..Anggap diri aku ni insan yang dipinggirkan.Tapi,dari sini jugalah aku berubah.Dari seorang yang pendiam,aku jadi budak yang pot pet pot pet.Hahaha..Masa ni jugalah aku kenal dengan classmate aku yang rapat dengan aku,Muhammad.Aku rapat juga dengan 3 orang senior aku,Aidil,Atikah and Aqilah.Kitorang duduk dekat flat Wangsa Maju.Seronok berkawan dengan diorang.Diorang dah macam abang and kakak aku.Lagi best bila aku dapat duduk sebelah budak melayu yang tak reti cakap melayu.Mak aih!Speaking je memanjang.Selamat aku faham.Hahaha..Then,bila aku masuk sekolah baru,Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu,aku dibuli balik.Tapi,ada seorang heroin ni protect aku.Fazlin Nadhirah.Masuk pula sekolah menengah,Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang..Aku bukan budak yang dibuli lagi.Maybe dah besar sikit.Dekat sekolah tu,senang je aku dapat kawan.Yang paling rapat dengan aku adalah Nur Ain Adilah Kamaruzzaman.Bila dah bergelar remaja,aku dapat tengok dunia dengan lebih luas.Aku bergaul dengan macam jenis budak.Otak aku yang kolot ni pun dah berubah.Hahaha..Sampailah bila aku tingkatan 4,aku berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.Dekat sini,aku mulai tahu erti sahabat yang sebenar.Memang best waktu sekolah.Tapi tak best bila kena jawab exam,buat homework,gagal..Bagi aku,zaman persekolahan mengajar aku erti persahabatan dan kehidupan.Mengajar aku bagaimana untuk survive bila susah dan senang.Mengajar aku agar tidak mudah menyerah kalah dan terus berjuang dalam kehidupan.Serta mengingatkan aku bahawa Allah sentiasa bersama kita.

It's Not Easy To Be Me Part 1.

Apa yang bermain dekat fikiran korang bila aku tulis tajuk ni?Macam-macamkan?Well,aku suka tajuk ni sebab orang sekeliling aku kata,senang jadi aku.Hakikatnya tak!Kalau diorang rasa apa yang aku rasa,baru diorang tahu.Jatuh bangun aku,hanya orang-orang yang rapat dengan aku sahaja yang tahu.Aku rasa,aku lagi banyak jatuh.Yeah!Memang sakit..Lagi sakit bila orang yang rapat dengan aku cakap macam-macam pasal aku.Orang yang rapat dengan aku jugalah yang tipu aku.Hahaha..Okay2..Aku rasa aku stop sampai sini kenapa aku suka tajuk ni.By the way,aku create blog ni atas dorongan Aina Mardhiah,bff aku..parents aku yang encourage aku untuk menulis karya dekat sini...Okaylahh itu sahaja buat masa ni. Bye.Assalamualaikum. :)