Sunday, April 17, 2011

PAK CIK DONUT :)

Ehem!Di kala jari jari aku yang tak berapa nak panjang menekan benda tekan tekan ney,aku dah rasa semacam dekat badan aku ney.Yeah,semacam means temperature badan dah naik akibat makan aiskrim malam malam buta.Badan aku agak tak kuat sikit antibodi,so senang aje nak demam,selsema,lelah dan..tu je lah!Berapa banyak pulak sakit aku ada..haisy.Okay,stop talking blah blah blah.Back to the top.PAK CIK DONUT :).If korang terbaca entri aku yang lepas lepas,aku adalah beberapa kali mention nama ney.Well,it suppose to be a-very-top-secret,tapi aku rasa...Nahhh!Aku nak story pasal pak cik ney. ;)


Sebenarnya dia bukanlah seorang pakcik pun.Umur dia baru lapanbelas gak.HAHA.I call him Donut,sebab dia suka sangat makan donut,and me neither..Tapi,since dia panggil aku "Budak Tembam",heyyy...excuse me!Aku lawanlah balik.And the pakcik pulak..err...ouh,it happened spontaneously. :)


Actually,taklah banyak mana aku nak story pasal pakcik ney...cuma,saje saje je.Nak kata kenal sangat pun tak,since aku pun still dalam proses kenal dia lagi.And..nak buat siapa yang baca ney jeles boleh tak?HAHA.PAK CIK DONUT :) aku bestt!Nak kata hensem...kalau banding antara dia dengan Travis Fimmel,confirmlah Travis Fimmel hensem.But,really appearance worth in relationships?Aku tak percaya.Everyone ada pandangan masing masing,dan tu semua terpulang pada mata korang sendiri.Lagipun,PAK CIK DONUT :) ney,dia okay,baik..supportive dan macam macam lagi.Aku tak nak puji lebih lebih...sebab kalau dia baca,perasan pulak nanti. :)


Tapikan,since aku kenal PAK CIK DONUT :),banyak pulak dugaan.Sampai naik darah lah aku dibuatnya.Yelah,time aku tak nak kenal,rapat dengan dia..Tak ada pulak sesape nak kenal,nak suka,nak crush,nak tekel...Bila dah rapat..terus ada orang sukalah,minatlah,blah blah lahh.Tapi chill lah.Aku senyum je...Dalam hati kalau boleh...HAHA

Dan time time macam ney,kadang kadang hati aku terdetik.. "Best lagi single.Kau tak payah jeles jeles." or "rasa macam struggling nak jadi single." HAHA.Tapi,chill lah hati.Tabah doe.Hope everything gonna run smoothly,baby. :)



Okay,ney favourite PAK CIK DONUT :) aku.HAHA.:D


*Saya is in relationship with PAK CIK DONUT :) HAHA.Nak cakap gakk. :)Another one,PAK CIK DONUT :),this entri is specially for you.HAHAHA.:D

TENTANG SAYA :)

Okay,today...pada hari yang sangat membosankan dan aku tak tahu nak buat apa,aku decide untuk tulis blog.Dan actually aku tak ada idea nak buat pasal apa,tapi entah...tetiba tergedik pulak nak buat pasal aku.Ouh,maybe after this kalau ada interview lagi,aku taklah macam orang bodoh yang tercongok pikir nak cakap apa depan orang yang interview aku tuh. =="

TENTANG SAYA :) is actually about aku (penulis blog) dan semuanya berkaitan dengan aku.


  • Wo jiao Noor Izzati Nadia Mohd Zainal.
  • Wo shi ba sui le.
  • Chu sheng yi jiu jiu san nian,yi yue,er shi er hao xing qi wu.
  • Wo jia you wu kou ren,papa,mama,didi,meimei he wo.
  • Wo shi Malaixiya ren,hui Malay yu,Ying yu he Han yu.
  • Okay,cukuplah aku cakap Mandarin.Ape lagi eh?Aku merupakan ex-Tadika Rasyad,ex-SA AS-SAADAH,ex-SKWJ,ex-SKSTB, ex-Darul Thulab,ex-SEMENTAS dan ex-TIKL.
  • Merupakan seorang gadis yang suka bajet comel,walaupun hakikatnya aku boleh gak lah dikategori sebagai budak yang comel.HAHA
  • Aku somebody yang happy-go-lucky,suka gelak sampai tak boleh nak stop,SOMBONG,degil,mempunyai ego yang sangat sangat sangat tinggi.
  • Hobi aku?Makan,Tidur,Baca komik,Menulis,Main game dan banyak lagi.
  • Suka Nickelback,Maroon 5,You Me At Six,James Blunt,Jason Mraz,Avril Lavigne.
  • Sunday Morning,Sweetest Goodbye,This Love,Liquid Confidence are all her favourite songs!
  • Suka main bowling even though selalu masuk longkang.VICTORY!hahaha. :)
  • Aku respect orang yang respect orang lain
  • Aku suka orang yang jujur dan setia.(kawan atau apa2)
  • Dan yang paling penting,aku suka orang yang tak kerek dengan kelebihan dia sendiri.
  • Ouh,aku benci PERAMPAS. :D
So,itulah serba sedikit about aku.Actually aku bukan sombong,tapi nampak giler sombong sebab aku bukan manusia yang murah dengan senyuman.And..I am very good person,kind and nice BUT...I can be a very bad person,a very cruel enemy.So,I can be both.Those yang buat baik dengan aku,aku memang akan baik giler dengan dia..TAPI those yang buat jahat dengan aku,aku seratus kali ganda lagi jahat daripada diorang yang jahat tu.Suprised???But that's the real me.

Enough for now.Gonna continue next time.Xie xie,zaijian. :)

Saturday, April 16, 2011

THE INTERVIEW

Er ling yi yi nian,Si yue,shi liu hao,Xing qi liu.(Bahasa Cina.) Let me translate dulu,Sabtu,16 April 2011,aku ada interview dekat UiTM,Shah Alam.Yep,interview untuk lepasan SPM dan setaraf.Aku diberitahu oleh pihak UiTM via sms dan diorang sertakan sekali dengan website untuk check samada aku terpilih untuk ditemuduga atau tidak.Dan apabila aku membuka laman sesawang(ayat skema) UiTM,tu...aku dpt ini..


PANGGILAN TEMU DUGA SESI AKADEMIK SEMESTER 1 2011/2012.

Nama Program :DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA

Nama Fakulti :FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA

Tarikh/Hari :16 APRIL 2011 (SABTU)

Masa :08:30 PAGI

Tempat :FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA     40450-SHAH ALAM SELANGOR.

Actually ada aku print surat dia,tapi..tapi..whatever!Aku dah try copy link,tapi reject.Maka aku taip lah balik dengan hati yang sebal.Bla bla..Aku nak story apa yang berlaku hari ney.Since the temu duga started on 8.30,so parents aku decided utk keluar awal satu jam.Dengan alasan  "at least if sesat,we have some more times to look for the place." -papa aku- Dan aku pun bangun seawal jam 5.45 pagi setelah puas mendengar bebelan Pn.Haliza depan pintu bilik aku.(Aku mandi lama,so memang patut bangun awal).Dan,setelah berkurun baju baju kurung aku tersimpan kemas dalam bakul baju,akhirnya aku sarung balik hari ney untuk pergi temuduga.Dan,aku a bit feminin,which tudung aku yang aku prefer selempang,terus berbelit sampai naik rimas aku dibuatnya.(Atas arahan Pn.Haliza supaya anak perempuan dia nampak cun hari ney.)Okay,seawal 7.00 pagi kitorang dah gerak dan sent adik lelaki aku pergi sekolah.Hari ney dari pagi sampai petang hujan.Memang menyejukkan dan tersangatlah best untuk sambung tidur.Tapi,aku...seawal pagi tu bertambah sejuk,dan dah macam mayat hidup.Satu sejuk sebab kesejukkan,satu lagi sejuk sebab ketakutan.Tapi,aku still buat muka chill lagi.Dalam hati...MasyaAllah!

Di pagi hari yang sejuk tadi,aku nak ucap jutaan terima kasih buat mama,papa,haziq,izzah dan tak lupa 'Pak Cik Donut' aku yang bangun pagi sebab nak text aku and bagi support untuk aku.Korang memang THE BEST EVER AFTER. :) Okay,aku ringkaskan story telling aku..Setibanya dekat pintu gerbang UiTM Shah Alam tu,kitorang berpusing mencari fakulti.Yang aku jumpa Fakulti Undang Undang,Pergigian dan bla bla..Bila tanya dekat student situ,mana fakulti aku,dia kata kena naik bukit and it was...damn far lah weyh!Nun di sana.Sekali dengan Fakulti Kejuruteraan.Setelah papa aku park kereta,dengan keadaan yang menggoda aku untuk tarik selimut dan sambung tidur,aku meredah hujan dengan payung CIMB ISLAMIK kaler hijau.Ceh,siap jaga kain beb.Dahlah angin kencang,silap silap aku buat free show je pagi pagi buta tu.HAHA.Dahlah atas bukit,menapak lagi berpuluh anak tangga untuk sampai dekat fakulti tu.Memang exercise lah aku.Selamat,semua budak budak yang ada kat situ tak ramai lagi,dan hati aku bertambah sejuk bila tengok budak budak lelaki mass comm yang..HENSEM!HAHAHA.Okay,gatalkan aku?HAHA. *kepada Pak Cik Donut,if awak terbaca,jangan marah eh?Hahaha.

Usai je aku mendaftarkan diri,aku pergi ke tingkat tiga untuk jawab test.ESSAY bai!English pulak tu.Aku pandang je kertas soalan tu,dan masa menjawab cumalah 30 minit dan sekurang kurangnya 200 patah perkataan. (Memang sikit,tapi dah berapa lama pulak aku tak ber-essay ney ==") Dan dengan selamba,tanpa nota atau draft,aku buat je essay tu sesedap hati aku.Siap buat quote sendiri.HAHA.

After that,kitorang dibawa untuk di temuduga.Aku dapat panel 9 no.13.Hell lama weyh.Dan kebetulan member aku si Cha pulak ada.So,tak kaget sangatlah.Cuma,dia tengah sakit perut time tu,dan untuk mengurangkan sakit perut dia,habis dia kacau aku dan baca essay aku sampai satu kelas boleh dengar.Yang aku pulak membebel suruh dia pergi toilet.Setelah beberapa lama menunggu,at last no. aku dipanggil.Dan,aku dengan sopan,dan formal...terus masuk dan duduk.

Okay,time interview ney yang membunuh aku sebenarnya.Dia tanya aku minat apa,dan aku jawab aku minat bahagian journalism.Dan,kebetulan lecturer yang interview aku tu,lecturer journalism!Masak aku!So,dia suruh aku bagi komen about newspaper dekat Malaysia dan aku pick The Star.Yeah,aku suka gler paper ney.Dan aku dok bercerita sampai satu part dia tanya aku minat kolum mana,dan aku jawab World News.Maka,dia suruh aku terangkan the hottest issue that happened in the world now and confirm it is about the tsunami and earthquake that happened in Japan.So,aku pun senyum dan jawab lah based on my knowledge.Pastu,diorang pandang je aku.Muka tak puas hati kut.So dia buka pasal Middle East.Yang tu aku sangkut!Huweyy...Soalan aku...macam hell beb!So,itu je diorang tanya.Dan,aku dengan muka frust,keluar.Weyy,aku frust dengan diri aku!Tapi nak buat macam mana..Aku dah try dan tawakal aje lah.

So,inilah yang berlaku untuk temuduga pertama aku.Memang nak nangis bila aku failed untuk buat yang terbaik..tapi sekali lagi thanks to mama,papa,adik adik aku dan Pak Cik Donut yang tetap support aku.So,legalah sikit.HAHA.
Dan itu je entri aku untuk kali ney. :)



Monday, April 11, 2011

BOSAN.

ASSALAMUALAIKUM.Aku nak tulis something.Dah ada idea,tapi...tetibe dia stuck.OMG!Dan aku end kan dulu.Nanti nanti je lah sambung. =____="

Saturday, April 9, 2011

THE STORY OF TODAY

ASSALAMUALAIKUM.Hari ney merupakan salah satu hari terpenat dalam hidup aku.Kalau ikutkan kalendar  aku sendiri lah...semua hari adalah penat,tapi yang paling paling paling terpenat adalah hari ney.Ape je aku buat hari ney?Aku list sat...



  • Malam tadi tidur pukul 3 pagi gara gara aku dah terbuat salah dekat somebody ney.Wo duibuqi ni. :(
  • Aku ingat aku akan bangun lambat...tapi bila teringatkan kain mama aku yang perlu disidai,aku terjaga pukul 7.30 pagi.Memang awal gler...
  • Aku jadi driver dan hantar adik aku pergi tuisyen pukul 10 pagi.Time tu tak mengantuk.
  • Drive laju gler,memandangkan jalan clear pagi tadi..tersampai dekat kelas mandarin aku awal setengah jam. *Pelajar terbaikkan. :)
  • Mula mula rasa okay,tapi tepat pukul 11 pagi tadi,baru je nak start kelas,aku dah dapat rasa mata aku macm berat semacam je...
  • Balik dr kelas,terus fetch mama aku dekat ofis,gerak pegi jalan TAR dengan Sogo.
  • Pegi beli hp baru dekat Pertama.Penat doe berdiri cari hp.At last,jumpe gak hp yg aku nak.
  • Perjalanan tak terhenti sampai situ je.Pegi plak Sogo,papa aku pulak shopping.
  • Tetibe perut aku yg jarang buat hal petang2 terasa pedih gler.Rasa mcm...pedih lah!Aku memang lapar walau hakikatnya aku dah mkn lunch td.Ayam pandan,sambal tempe dgn kentang and nasi putih.
  • Entah macam mana,rasa nak pengsan pun ada.Tapi aku tahan sampailah family aku dinner dekat restoran Mohd Chan Abdullah.
  • Order nasi dengan ayam cendawan.Tapi tak ada selera. =_="
  • On the way balik,tertidur dalam kete.
  • Dan sekarang badan aku tengah lesu gler ditambah pulak 'angin'dengan seorang hamba Allah ney.HUH!
Okay,itu yang aku lakukan sepanjang hari.10 malam baru sampai rumah.Elok elok mood aku baik,nak bersembang sembang..tetibe aku bace satu post ney yang serta merta buat aku terdiam.Aku telan air liur.Perit,sakit,pahit.Hati aku dup dap laju gler...Nak nangis,tapi aku tahan.Tak payahlah.Bazir je...Maka,aku terus hilang mood.Buka blog,terus tulis entri ney.Itu je aku nak cerita.Sekian terima kasih.



Bestkan kalau dpat pergi pantai sekarang ney.Bau laut,angin yang best..Hilang terus masalah aku. :)


*Kalau ikutkan hati aku sekarang ney,aku nak lari jauh jauh...pergi kat tepi pantai.Rasa tenang sangat sangat dengar bunyi ombak.Rindu kut. :D


Thursday, April 7, 2011

IN A RELATIONSHIP.

ASSALAMUALAIKUM.As usual lah,salam aku for sure warna merah.Bagi semua mata terang sikit nampak salam aku tu.Btw,aku tak taw kenapa aku tetibe terajin nak menaip ' benda tekan tekan ' ney.Menaip?Bukan menekan ke?Okay,actually menekan 'benda tekan tekan " ney.Well,aku pun tak adalah banyak sangat idea untuk karangan aku kali ney.selamat time sekolah dulu,idea aku tak sangkut macam ney.kalau tak,mampus exam aku!Okay,yang sebenor benor nya lahh...aku ingat nak taip free topikAku campur je apa apa yang aku rasa aku nak dalam entri kali ney,tapi tak jadilah.Aku decide untuk tulis topik " IN A RELATIONSHIP ".Jangan tanya kenapa.Sebab aku sendiri tak tahu.HAHAHA.


Selama aku online lah,aku tengok ramai pulak member aku yang tetibe menukar status dari ' SINGLE ' ke ' DOUBLE ' Err..what I meant is to a ' IN RELATIONSHIP ' lah.Sejak bila eh?Sejak result SPM keluar.Woahh,malam tu terus tukar!Terkejut badak gak lah aku dibuatnya,err...tapi badan aku tak bertukarlah.Aku still the same person.ALI IS IN A RELATIONSHIP WITH ALIA. (Bukan nama sebenar).Mula mula sorang.Okaylah...normal lah tu.Tapi tak disangka sangka....Tetiba ramai lah pulakk yang buat benda yang sama.Tersedak gaklah aku! *actually,ape motif aku tersedak??? =_=" Kalau dikira kira baliklah...setiap hari,sorang gerenti tukar status.Ouh,jangan ingat aku jelaous!Tak kuasa I,You!!


Okaylah,aku tak kisah pun.Korang yang in relationship,aku peduli ape.Korang bahagia,Alhamdulillah lah.Korang gaduh...Ouh,none of my bisnes!Pandai pandai lah solve.Aku bukan tukang menyibuk jaga tepi kain korang,sebab tepi seluar aku pun aku kelam kabut nak jaga.Kalau koyak,tak ke mama aku bising nak jahit balik???Dahlah aku ney stok tak boleh di harap.Kalau nak buat menantu...Emm,aku rasa aku list paling bawah...atau langsung tak terpilih nak masuk list mak mentua pun.HAHA. :D


Well,bila in relationship ney,best time korang berdua happy bahagia.Dah rasa macam dekat awang awangan dah. *korang okay.aku masih di bumi yang nyata.Kalau pelangi tu boleh naik,aku rasa kapel yang tengah berbahagia ney menari ala ala hindustan dekat atas pelangi tu.HAHA.betapa bestnye.Tapi once korang gaduh...Sedar atau tak,semua orang boleh rasa aura ' membunuh ' korang.Orang lain nak tegur pun takut.Haha.Aku pernah experienced lah weyh.Tak payah nak main hide-and-seek dengan akulah.HAHA.


Okay,now...aku nak share pendapat aku about ' IN A RELATIONSHIP ' dengan korang.Tak tahulah korang sama atau tak dengan aku...

     IN A RELATIONSHIP ( Yang bestnya)

  • Aku exercise jari.HAHA.Logik ke?
  • Ade member yang korang boleh ajak borak,melalut,mengarut dan sebagainya bila most kawan kawan korang dah busy tahap gila.
  • Akan dengar ayat ayat jiwang yang bermacam macam jenis yang korang tak pernah terfikir.(kadang kadang wat kembang tekak pun ade.)
  • Rasa lain,which ada orang akan greet kau pagi pagi..dan macam macam lagilah.
  • Kalau bosan,aku biasanya akan buli kapel aku tu.HAHA. (sampai dia merajuk) memang kejam. =_="
Actually banyak lagi,tapi aku just list banyak ney je.Malas dah nak fikir apa lagi...

   IN A RELATIONSHIP (Yang tak bestnya)

  • Kalau korang yang jenis kuat cemburu,nampak pompuan/lelaki lain post dekat wall kapel korang...korang akan rasa terbakar.Kalau boleh nak tanya dia sejuta soalan.Soalan wajib... "SIAPA DIA????!!!!" *normal lah tu.
  • Bila korang gaduh,rasa macam nak hempuk,pijak,tendang je henset depan mata.Menyumpah nyumpah tu biaselah....
  • Senang dapat tekanan darah tinggi. (bg yang kuat jeles)
  • Kalau dapat kapel yang tak sporting,korang nak borak dengan member yang lain jenis pun payah.Terus accuse macam macam.Kadang kadang rase macam nak ketuk ketuk je!
Dan banyak lagi.Alahh...confirm ramai yang pernah rasa benda yang sama.Yang tak pernah kapel tu...tak payah susah susah nak kapel,tengok je member korang.Kalau senyum sampai ke telinga...tak surut surut..tengah bahagialah tu.Tapi kalau muka dah macam tenuk tak dapat makan...tengah berlangsung peperangan kali ke..... (kira lah sendiri)

Okaylah,aku rasa cukuplah ney.Apa yang aku list,adalah based on pemerhatian aku je.Tak tahulah korang macam mana.Lain orang,lain perangainya.So,semua depends on korang nak jadi partner yang macam mana.Kalau aku plak...aku dah lain kut.Kalau aku marah..aku diam.Tapi sebenornye rasa macam nak gi kejar dia je satu dunia.Huh!Padan muka.HAHA

Btw,aku pun in a relationship gak sekarang.So,aku tak tahu aku partner yang okay ke tak.Tuh aku kena interview partner aku pulakk.HAHA.

Bye. :)

Tuesday, April 5, 2011

STORY TELLING :) *melalut je lebih. =___="

Assalamualaikum.Hehh...dah lama aku tak menghadap benda alah ney.last date yg aku update was on 25 March.Hmm,bukan tak nak update,tapi malas.HAHA.Malas nak menekan benda benda mini ney.orang panggil apa?aku tak ingat.Terukkan??Hari hari mengahdap laptop,benda tekan tekan ney pun aku tak tahu apa.Adehh...


Actually aku tengah malas bebenor ney nak mereka reka karangan online memandangkan otak aku dah mula berkarat.Nak buat ayat power,err...kena bertapa cari balik idea tu.Okay,aku list down je lah apa yang berlaku.Nak story mory panjang panjang ney...ish!malas ah!


  • Aku rasa aku pernah cakap yang aku nak jadi pemandu berhemah...tapi...aku rasa aku taklah berhemah mana sebab tiap kali drive,papa aku gerenti bising.Cakap aku ney dangerous driver.Hmm... =,=
  • Sepanjang kemalasan aku adalah disebabkan parents aku yang mendera aku bershopping di hujung minggu dengan berjam jam lamanya.Just imagine,last week aku pegi BB,dari pukul 3 petang sampai 12 malam.OMG!
  • Aku dah menghidap sejenis penyakit yang susah untuk disembuhkan iaitu penyakit yang dikenali sebagai " ANGAU SINDROM ".Penyakit ney memang berbahaya sangat sangat.Aku nak ucapkan sejuta terima kasih kepada si dia yang tersayang yang dah bagi penyakit ney dekat aku.Aku pun tak tahu macam mana aku boleh ter tersayang dekat yang tersayang ney plak.HAHA. *awak,kalau baca jangan gelak tahu!
  • Lagi satu penyakit jari,iaitu penyakit " SMS-ING " yang buat aku terlupa untuk update blog.Logik ke? -,-
  • Aku terlalu merajinkan diri melayan perniagaan maya aku macam " Gourmet Ranch " , " My Shops " , " Cityville " dan bermacam macam lagilah sampai aku tak terlarat nak list.
  • Aku sibuk berangan kawin.Err...
  • Aku malas nak buka blog.
Maka,berakhir sudah eksplenesyen aku tentang blog yang dah lama tak di-update.Aku update pun sebab tetiba rasa rindu dekat blog.Tetiba lahh...Dan ada orang yang dah bertanyakan kehilangan aku.Actually aku tak hilang pun,aku diam je.Okaylah,gua chow dulu. :)