Friday, March 25, 2011

OUH,LIKE WANNA SAY THAT " HEYY,U ARE SUCKS!" ==

ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara.Okay,sekian lama aku menyepikan diri dari berceloteh,mengaktifkan jari jemari aku yang tak berapa nak panjang menaip setiap apa yang bermain dekat otak aku sekarang ney.Well,how about you?Sihat?Harap haraplah eh.Memang aku tak nak kisah,tapi memandangkan aku seorang gadis comel yang sangat caring...maka aku kisahlah juga.HAHA.Okay,tengok tajuk entri aku kali ney,confirm confirm mood aku tak berapa nak stabil,bebeh!Sebab???Kejadian rabu lepas,23/3/2011 di mana keputusan SPM diumumkan.Seriously aku cakap,jantung aku macam dah tercabut.Ouh,that's awful!Yeah,and bertambah awful bila nama nama pelajar yang score 8,9,10 A diumumkan.Ouh,aku nak pengsan sangat sangat time tu!Sangat horrible sebab diorang tak announce pun nama aku sebagai satu satunya pelajar yang score 11A+ dekat SMTKL tu.Sampai hatikan???Aku dipinggirkan.Dah nasib badan.=_=".By the way,memanglah tak sebab sekolah aku hanya ada 10 matapelajaran and mana pula datang lagi satukan???Okay,got it???AKU TIPU.Nama aku tak ter-list pun dalam kategori pelajar cemerlang.Tak layak nak menghiasi skrin komputer sekolah pun.Kalau ada,mahu retak cermin komputer tu.HAHA.Okay,aku malas nak merapu lagi.Well,result aku taklah membanggakan sangat pun.Dan tak boleh gak nak buat parents aku proud.Memang depressed jugalah.Tapi aku rasa happy juga sebab rekod aku bersih dari cacat cela kegagalan.FUHHH!Alhamdulillah.

Aku rasa aku redha je dengan keputusan aku.Taklah sampai tak makan,tak mandi.Paling paling kurang pun aku 'sembur' sesape yang berani mati tanya pasal result aku UNLESS aku yang volunteer nak cakap.Haisy,minta maaflah kepada sesape yang dah kena 'sembur' dengan aku eh.Aku ney panas baran sikit.Okay,aku memang sedih walaupun aku redha.Siapa je nak dapat result teruk?Lagi lagi bila parents kau mengharap sesuatu yang susah kau nak dapat.Yang paling merobek hati aku adalah bila orang ney dok cakap... "Cikgu bla bla (bukan nama sebenar) tu bawa nasi beriani pergi sekolah bla bla(bukan nama sebenar) sebab anak dia dapat 11A!". Ada yang lain... "Anak bla bla tu dapat 10 A.Hebat kan?Bagus result anak dia." Dan bila aku buat muka,barulah perasan... "Eh,result anak kau pun okay juga.Bolehlah nak masuk uni nanti. " What a bullshit sucker ever after tuut tuut tuut.Aku tak cakap apa apa. =_="


Look,aku tak kisah lah  anak makcik bla bla anak cikgu bla bla anak ustazah bla bla anak engineer bla bla anak doktor bla bla anak sesape sakalipun...punya result...eh,go hell lah!Aku bukan kaki sibuk nak tahu result orang lain.Apa apa pun congrats dekat diorang yang dah berjaya buat parents diorang kembang hidung selama satu hari dan...bila bila.Okay,one day I gonna make it u kepoh kepoh!!So,tak payahlah nak judge result aku,gelak gelak...bajet macam aku berahsia ala ala lagu ''Biarlah Rahsia".Ouh,pleaseee~~~Kau nak tahu sangat,tanyalah dan prepare untuk di'sembur'.Aku tak heranlah!Sebab aku tahu aku dah buat sehabis mungkin dan ini adalah result terbaik aku since aku tak suka langsung course yang aku ambik time F4,F5 dulu.


Ouh,lagi satu...Aku tak heranlah kau nak tanya aku credit ke apa ke sebab once aku dah menyampah dengan situation macam ney,aku akan balas dendam!Tapi dengan cara yang baiklah sebab aku akan prove kan yang aku akan jadi BETTER dari anak kau yang dapat 10A,11A or 21A sekalipun. *ade ke?*Seriously aku berdendam.Dapat???Dan walaupun susah aku nak bangun dan naik juling aku dok mencari scholarship yang mostly requirement 8A's and above,tapi aku tak kisah.Rezeki aku belum sampai.Heh...


Aku memang marah dan ter-emo sikit bila buat entri ney.Orang keliling aku dok bertanya result,dok membandingkan result.Yang over mak bapak dia...Anak yang dapat straight cool je.Tu yang aku malas tu.Haisy.Bukan aku tak puas hati,cuma agak menyampah.Aku dah okay,cheer up...kau pula spoilkan mood.Huh...


Okay,to me...ini adalah satu pengajaran paling bermakna untuk aku setelah hati dan telinga aku didera untuk dengar result anak orang lain yang best best belaka.Lepas ni aku akan bangun,dan jangan terkejut pula budak yang cuma result cukup cukup makan menggegarkan dunia ney.AHAHA.Ayat over lah pula. :)


Dan kepada sesiapa yang baca entri aku,KEPADA MEREKA YANG CEMERLANG,aku ucapkan jutaan tahniah untuk korang.Ini rezeki dan usaha korang dan you deserve to have it.Korang dah mula naik kan semangat aku untuk terus mara walaupun susah.Again,CONGRATULATIONS.


Dan kepada yang RESULT YANG MACAM HAMPEH...*akulah tu* NEVER GIVE UP.Teruskan perjalanan korang,sebab hidup ney macam roda.Ada masa kita akan berjaya dan ada masa kita akan jatuh.Go ahead kalau korang nak menangis,itu tak bermakna kita lemah.Kita penat je,dan teruskan journey korang sampai bila bila. :D




Sekian terima kasih. :)

Saturday, March 19, 2011

GOURMET RANCH GAME.

Woohoit!aku sebenarnye tak ada idea untuk entri kali ney.cuma nak cakap aku suka game ney.okay,bye. :)

Friday, March 18, 2011

A DAY CALLED A HOLIDAY

Aloha everyone!Heh...buat apa tu?Okay...aku tanye soalan yang x sepatutnya.Well..cuti sekolah seminggu ney aku agak busy jugak.Walaupun aku cuti 3 bulankann...Busy bukan buat homework or schoolwork,aku ade test JPJ.Isnin sampai rabu je dah pergi SKEM,driving.Khamis pulak aku bercuti-cuti kat Melaka.Okay,now aku nak story telling about trip aku ke Melaka.Well,for sure semua orang dah pernahkan pergi Melaka?Aku pergi sebab balik kampung.I mean,kampung papa aku.Memang teruja lah sebab aku tak pernah ada kampung since my atuk and nenek all staying at KL and Selangor.Plus,I was totally amazed bila aku masuk rumah kampung yang dibina daripada papan.(nampak sangat aku tak pernah jejak rumah kampung.)Rumah tu memang lah lawa.Memang style rumah Melaka lahh.Kalau korang perasan,kan ada gambar aku berdiri dekat satu rumah kampung yang dah bersemak semak tu,okay,itu adalah rumah moyang aku dulu dulu.Aku ingat nak masuk,tapi tak boleh.Sayangkan?Rumah tu memang cantik..kalau pergi bahagian depanlah.Aku berdiri kat bahagian tengah rumah time tu.Okay...ada lagi benda yang menarik aku dah discover.Guess what???Sungguh dan serius aku tak sangka aku ada pakcik yang lagi muda dari aku!!OHMAIGOSSHHHHH!!!!Yep,lagi muda.Aku agak umur dia dalam 16 atau 17.Muka bolehlah tahan.dan yang buat aku tercabar adalahhh....Dia adalah seorang lelaki yang RAJIN.Kenapa aku cakap dia rajin?Masa first time aku jumpa dia,dia tengah tolong ayah dia(atuk aku) sapu halaman rumah.Lepas kitorang sampai,dia masuk rumah,mandi..then pergi dapur tolong mak dia(nenek aku) dan orang gaji moyang aku buat air.Aku rasa dia Pak Lang kut sebab ayah dia panggil dia Alang.Okay...done.Lagi satu,dia gilalah bersopan santun.Isk...kalah aku.Okay,apa yang aku nampak adalah lagi seorang pak cik aku yang maybe umur dia 15 atau 16..aku tak tahulah...Yang tu aku nampak sekali je.Dia pun menolong ayah dia sapu halaman rumah.Lepas tu dia masuk dan tak muncul muncul.Done.Adik dia...mak cik aku,yang berusia maybe 12 tahun.WHAT???!! 12?Urghhhh...tuanya aku...Well,dia pun macam abang dia yang tak muncul muncul tu.Done.Dan diorang ada lagi 2 abang atau kakak...aku tak tahu yang tengah belajar dekat uni.Weyhhh...aku ingat pak cik aku yang paling muda is pak su aku.Which is a year older than me.And I was wrong. -,-"




aku dekat rumah moyang moyang aku dulu dulu.

Okay...now aku nak story pulak pasal aku berjalan jalan di Bandar Hilir.Walaupun dah berkali kali aku ke Melaka,tapi ney first time aku gila enjoy.First,our destination was having a lunch.Ouh,serious sangat sedap makan asam pedas Melaka!You know what,You must go and try it!Then,having a rojak buah.Perghhh...Alrite,after that we continue our journey to the town.We went to a museum.Tak silap,beauty mesum.Dekat situ,korang akan dapat macam macam info yang tak pernah korang tahu dan bagi aku,ada certain tu,bukan cantik...tapi menakutkan dan menyakitkan.Aura dalam museum tu pun agak creepy.Hahaha.Aku takut kowt masuk situ.Dahlah bangunan lama.

Okay...dah habis pergi muzium tu,kitorang plan nak pergi Jonker Street.Tapi,we visited the Istana museum.Memang bestt!Walaupun replika.Aku rasa macam real je.So,dah tertunailah hajat aku nak masuk dalam istana.Hahaha.Btw,aku memang suka rekaan bangunan diorang. :)

Jonker street.I planned to go here sebab aku ingat aku akan jumpa something yang unik,selain pegi tengok terompah yang makin feymes tu.Tapi,tak ada yang menarik perhatian.So,aku jalan je.Terompah pulak,aku tak nak beli sebab aku tak kan pakai punya.Walaupun agak sedih sket,tapi aku tak kisah sebab aku ada terjumpa makam Hang Kasturi.Well,real beb.Okay,yang itu double teruja teruja!!!Dari dulu sampai sekarang aku memang minat pasal Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Kasturi,Hang Lekir dan Hang Lekiu.Dan aku nak sangat buat research pasal diorang berlima.Adakah mitos,lagenda atau betul betul wujud???Dan persoalan aku hampir terjawab bila aku terjumpa makam Hang Kasturi.Tapi,aku tak boleh buat apa apa conclusion.
Haisyyy....Aku rasa dah habis kowt.Hhahah.Done. :)

Thursday, March 17, 2011

SKEM,JPJ TEST & PUAN JPJ. :)

Wohoho...Assalamualaikum semua.Apa khabar?Sihat?Harap haraplah sihat sejahtera lah eh.Okay,entri aku kali ney adalah about pengalaman aku menghadapi ujian yang membuatkan jantung aku hilang dan nak terkencing setiap masa,iaitu ujian yang agak menggerunkan selain exam exam besor kat Malaysia ney.JPJ test.Wokay,actually tak ada lah concrete reason yang menyebabkan aku nak terkencing setiap masa kan?Adalah weyh!Bukit.Hahh,time nak naik bukit aku memang ada masalah,sebab kadang kadang aku terlajak,kadang kadang aku terkurang.Tension weyh time latihan.Yang lain semua aku rasa aku okay.Lagi yang buat aku takut bila member member aku dok cakap yang tester kita tu depends on mood diorang.Nasiblah kalau dapat yang okay atau ko.Perghhh!Tersentap aku bila dengar.Aku pulak,rabu lepas aku dapat sesi ke tiga dan nombor 64.So,korang boleh bayangkan betapa panas dan lamanya aku menunggu untuk diuji.Wait!Itu baru bahagian 2,which is bukit and etc.Okay,belum lagi masuk ujian 3 which gonna be otr.Aku memang dup dap sehabis mungkin,ditambah pulak tangan aku dah sejuk macam orang mati.Aku cuak gak kalau tiba tiba handbrake kereta yang aku dapat tu ketat ke,brek xmakan ke...mahu kereta aku terundur ke belakang,kan tak pasal pasal dah fail.

Okay...bila turn aku dah sampai untuk ujian bukit,masa tu jam aku dah tunjuk pukul 4.00.Aku pun,cepat cepat masuk dalam kereta,cool kan diri,main gear,brek dengan handbrek.Penting woii!!!So,bila nombor aku dipanggil...aku dengan tak fikir pape,terus tekan minyak...and yeah...it was a...DRIFT!Puan JPJ tu sound aku.Hahahaha.Luckily masuk kut.Cantik je tengah tengah petak kuning.Aku buat derk je bila dia bebel.Terus turun,dan mintak maaf gaklah pasal ter-drift tadi.Hahaha.And masa yang aku ambil cuma 1 minit.Then,aku proceed pergi parking dan...apa lagi satu tuh?3 penjuru eh?Whateverlahh...

Selesai sudah ujian 2,aku pergi ke Dewan Cempaka untuk tunggu turn amek ujian 3.Guess what???Pukul 4.30 aku sampai,pukul 6.30 baru aku dapat otr.Memang lama.Tapi tak terasa lama pun sebab...sebab..er...takut kut.Okay,then...aku dapat kereta Viva,dan tester aku adalah seorang PUAN.So,aku redha je lah.Biasanya perempuan ney kan susah nak deal sikit.Aku setuju.Sebab mula mula aku masuk kereta dia dah menunjukkan ke-kerek-kan dia.Tapi,the best thing is,dia kerek sekejap je.Lepas tu dia dah jadi seorang Puan JPJ yang terlebih ramah.Memang dia main psychology aku lah.Dia best best je borak macam aku ney dah biasa drive kereta.Aku pun layanlah sambil fokus.Ye lah,tak nak terlepas jalan,sebab aku dapat jalan 3,which jalan tu adalah jalan yang dekat dan kau boleh terlepas kalau tak perasan.Tapi,Puan JPJ ney baik gak.Dia mula mula kerek,tapi dia gak tolong kawal brek aku.Aku dah dalam hati... "Isy,janganlah Puan JPJ ney tolong.Karang aku fail kang." So,aku pun cepat cepat tekan brek.Dan sangatlah selamat sebab aku tak terlepas laluan aku.Sekali lagi...Enjin aku mati.Tapi aku cepat cepat hidupkan.Dan...Dia mati lagi sebab aku terlepas klac.Takut woii!!!.Puan JPJ siap pesan.. "Klac tu,jangan angkat tinggi sangat okay.Support minyak lebih." PERGHHHH!Dah macam instructor akulahh...Cakap lembut pulak tu.Aku pun,okaylah.Chill je dulu.Lagi sekali....Ada kereta yang dok halang jalan aku.Dan sekali lagi Puan JPJ... "Low gear." Aku tahu,sebab memang aku dah low gear.Aduhh..dia tekan lagi brek walaupun aku tekan gak.Dalam hati aku dok cakap aku fail lah ney.Banyak benor dia tolong.Aku macam..redha je lah.Dan,bila aku nak masuk pintu SKEM...Puan JPJ cakap lagi dengan nada yang lembut. "Okay,free gear siap siap...Lepas tu masuk terus eh."
Aku sebagai budak yang dah merasa kecewa,angguk je.Then dia bagi borang aku,suruh sign.Guess what???OHMAIGOSHHHHHH!!! 18/20!!!.Hahahaha....Aku terus keluar dan cakap.. "Terima kasih Puan."

Hahaha...Itulah al kisahnya.Tapi,walaupun aku dah lulus...aku tak rasa happy.Kenapa?Adalah sebab sebab tertentu yang buat aku rasa aku tak patut happy.Dan aku bukan selfish untuk tengok orang lain sedih sedangkan aku gembira gila. :)

Monday, March 14, 2011

KUCING SAYANG ANAK.MANUSIA PULAK??

ASSALAMUALAIKUM 


Hahh...Entri aku kali ney berkisar pasal masalah masalah yang sering sangat terpampang dekat dada dada akhbar dan juga kaca kaca televisyen rumah korang.Tajuk dekat atas.Well,aku sebenarnya berminat nak story telling pasal topik ney.Tapi rasa macam dah penat sebab makin lama makin menjadi jadi pulak kes ney.Korang perasan tak?Perasan kan?kan?kan?Tiap tiap hari,ada je baby yang kena buang.Dalam kotaklah,dekat tong sampahlah.Sekarang ney dah jadi trend erk orang buang anak dalam sungai?Sikit sikit jumpa dalam sungai?Lepas ney agak agak koranglah kan..bayi bayi yang tak berdosa ney dibuang dekat mana pulak?Mulut rimau?Hmm?Okay okay...aku tak nak komen pasal isu ney.Apa yang buat aku tertarik sangat sangat untuk tulis pasal benda ney adalah disebabkan semalam.Hari Ahad.Ceritanya bermula sebegini....


Pada Ahad semalam,selepas je aku log out dari Facebook,aku mula dilanda kebosanan.Maka aku decide untuk pergi tengok tv.Biasanya aku akan buka HBO.Tapi entah kenapa semalam cerita HBO tak menarik perhatian langsung.Tak bestlah tu.Memandangkan family hall aku ada satu pintu yang menghadap rumah jiran aku,aku pun usha luar.(WEYH,BUKAN USHA ANAK LELAKI DIA ATAU APA EYH!)Sebenarnya aku dok usha bunyi kucing yang sangatlah banyak.Ouh!I like it!!!Sebab aku memang suka giler dengan kucing.Meow meoww~~~~
Okay,back to the story...Aku pun bukak channel lain,tapi cerita tu entah apa apa entah.So,aku ignore tv tu.Aku pun tengoklah luar...Do you know what I see????OHMAIGOSHHHHH!!!KUCING CATS MEOWW MEOWW !!!!!!Ada lapan ekor anak kucing yang sedang ber-gumbira di petang hari..ouh...tersangatlah comel...berwarna warni.Sekali lagi aku ulang,LAPAN ekor kittens!Maka aku dapat satu idea yang agak nakal.Hehehehe....


Aku dengan hati yang senang keluar pergi ikut pintu dapur,sarung selipar pak cik aku,dan sneaking senyap senyap pergi belakang rumah.Cuties!Wait for my arrival.Then,aku pun jalan...Jalan,jalan,jalan...dah sampai.First aku tengok dari jauh..Dan sanggup berjemur bawah mentari terik..DEMI KUCING!hahaha.Makin lama,dekat dan makin dekat.Sampailah one of anak kucing tu sedar kedatangan aku.Aku dah tersengih sengih sampai ke telinga.Comelnya,comelnya!!!Tiba tiba....!!!


Ada seekor kucing betina besor datang.KACAU!Mak dia sudah datang.Macam manalah aku boleh tak perasan yang mak di ada dekat situ awal awal tadi?Aku pun diam.Nak cabut,takut.Sebab kucing tu besor sangat!Aku pun diam je lah.Mak kucing tu datang,duduk betul betul menghadap aku.Fuhhh!!!Macam ada meeting tergempar je.Mak kucing tu dah memulakan bicara...

MAK KUCING : Meowwww...ngeoowwwww.. (nada garang)

AKU                 : Err..chill lahh.Aku datang bukan nak buat kacau.Aku datang nak melawat je.Janganlah
                           marah.

MAK KUCING : Meowww....Meowwwww...Ngeoowww...

AKU               : (Dah telan air liur)

Tiba tiba mak kucing tu diam.Aku pun menarik nafas kelegaan..Selamat dia tak terkam aku.Kalau tak,mahu tersiat kulit kulit aku dibuatnya.Aku pun tengok lah anak anak kucing tu main dengan gembiranya.Ada main nyorok nyorok.Ada main kejar kejar.Ada yang cak cak.Lepas tu datanglah jiran aku.Borak borak borak...rupa rupanya mak kucing yang sound aku tadi tu cuma ada 4 ekor anak.Yang lagi 4 tu anak kucing lain.Tapi dia rileks je.Dia jaga anak kucing yang bukan anak dia tu.Siap share susu tu!Maka,terbitlah perasaan kagum dalam diri aku.Tak sangkakan kucing pun sayang anak dia,dan anak kucing lain.Siap jaga elok elok tu.Protect lagi tuh.Aku senyum.' Kau memang baik,mak kucing.Kenapa manusia zaman sekarang tak sebaik macam kau? ' Aku pandang je mak kucing tu.Last last aku cakap...

" Aku gerak dulu lah.Nak tengok tv.Tak nak lah kacau kau.Gi lah makan. "

Aku pun pergi.Dalam kepala otak aku asyik dok pikir...Haiwan dan manusia.Kita ada akal,tapi kita bertindak bodoh dari haiwan yang cuma ada otak.So,apa korang rasa???Terdiam sat kann... :)

Sunday, March 13, 2011

DUP DAP DUP DAP JANTUNG BERDEGUP...

Sekarang ney,tiaptiap hari aku dah mula tengok kalendar dekat hp aku.Makin lama,makin kuat debaran di dada.Ecehh,ayat jiwang pulakk.Haii...aku dah dapat agak budak budak yang lahir pada tahun 1993 ney,tengah dok menghitung hari.Kenapa?Sebab Rabu depan(minggu lagi satu) keputusan SPM akan dikeluarkan.Fuhhh!Aku dah dapat rasa dah kegugupan,kekagetan nak jejak kaki kat SMT Kuala Lumpur tuu.Aku rasa mahu longlai terus lutut aku bila dah nampak pagar sekolah.Hisyy...Seram sejuk aku dibuatnya.Kalau dulu,time makan,tak teringat langsung pasal hal ney.Tapi bila sekarang...ADUI!Nak makan pun tak lalu.Nak tidur,dok terbayangkan result.Apa aku buat sekarang serba tak kena.Bila pegang hp je,open kalendar.Makin tension aku dibuatnya!

Actually aku super giler gentar bukan apa...Weyhh,aku bukanlah budak pandai pun!Orang lain grad,aku tak.Orang lain dok pakai jubah,aku tak dapat merasa pun.Tengok je adalah.Nak kata top student,geleng geleng kepala sebab aku bukanlah student yang dok jadi bahan pujian mulut cikgu cikgu.Aku sendiri tak tahu apa yang ada dekat diri aku.Maksud aku,apa yang special pasal diri akulah.Aku rasa bila aku masuk form four,aku mula rasa nak muntah hijau.Paham pahamlah kenapa.Weyh,seram oi!

Rabu ney pulak aku ada JPJ test.Pergh!Tu lagi satu hal.Nak fokus dekat jalan,but in the same time aku dok teringatkan result aku.Kuat betul penangan result nak keluar ney.Betul lah orang cakap, "Penantian satu penyeksaan." Aku rasa kalau result dah lama keluar,taklah teruk macam ney takut dia.Hisyy pening dah kepala aku dok pikir pasal benda ney.Macam macam soalan yang timbul.Antaranya... ' macam mana result aku nanti? ' 'Okay ke tak result aku ney?' ' Macam mana aku nak jawab dekat mama dengan papa kalau result aku ko?' 'Ada lagi tak chance nak masuk uni nanti?' 'Macam mana future aku kalau result cam tak best?'  Benda benda macam ney lah yang buat aku makin hari makin tertekan.Serabut!!!!


Well,aku tahu aku dah cuba yang terbaik.Aku dah bagi giler giler time exam hari tu.Aku rasa sampai aku exhausted giler jawab paper tu.Dan aku kena berdoa dan bertawakal.Tapi weyh,kalau ko macam mana?Haisyy!Pening kepala otak aku.Siapa je tak risau.Aku malas ouh nak menghadap orang sekeliling aku yang semestinya akan tanya macam ney... ' yayang hari tu,exam macam mana?result dia okay?' 'yayang dapat berapa A?A+,A,A-?' 'yayang ada fail tak?' 'akak bukan apa,anak akak pun amek gak SPM.nak tahulah juga anak awak,si yayang tu dapat berapa.' HAHHH!Golongan makcik makcik suka menyibuk ney yang paling aku anti.Sibuk nak bandingkan anak dia dengan aku pulak.Rasa macam nak bagi penampo je!Sukati akulah nak dapat berapa.Kalau anak kau tuu dah pandai sangat,dok diam diam!!Ney yang buat darah aku mendidih neyy...


Dann itulah salah satu faktor kenapa aku stress bila result nak keluar.Dan waktu waktu macam ney jugaklah aku jadi orang yang terlebih pemarah.Haisyy...Tapi entahlah..Aku akan terus berdoa.Baik buruk yang Allah dah tetapkan mesti ada hikmahnyakan?Tapi nak menghadapi benda ney lah yang buat aku rasa nak telan air liur sebanyak 100 kali!

...............