Friday, March 25, 2011

OUH,LIKE WANNA SAY THAT " HEYY,U ARE SUCKS!" ==

ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara.Okay,sekian lama aku menyepikan diri dari berceloteh,mengaktifkan jari jemari aku yang tak berapa nak panjang menaip setiap apa yang bermain dekat otak aku sekarang ney.Well,how about you?Sihat?Harap haraplah eh.Memang aku tak nak kisah,tapi memandangkan aku seorang gadis comel yang sangat caring...maka aku kisahlah juga.HAHA.Okay,tengok tajuk entri aku kali ney,confirm confirm mood aku tak berapa nak stabil,bebeh!Sebab???Kejadian rabu lepas,23/3/2011 di mana keputusan SPM diumumkan.Seriously aku cakap,jantung aku macam dah tercabut.Ouh,that's awful!Yeah,and bertambah awful bila nama nama pelajar yang score 8,9,10 A diumumkan.Ouh,aku nak pengsan sangat sangat time tu!Sangat horrible sebab diorang tak announce pun nama aku sebagai satu satunya pelajar yang score 11A+ dekat SMTKL tu.Sampai hatikan???Aku dipinggirkan.Dah nasib badan.=_=".By the way,memanglah tak sebab sekolah aku hanya ada 10 matapelajaran and mana pula datang lagi satukan???Okay,got it???AKU TIPU.Nama aku tak ter-list pun dalam kategori pelajar cemerlang.Tak layak nak menghiasi skrin komputer sekolah pun.Kalau ada,mahu retak cermin komputer tu.HAHA.Okay,aku malas nak merapu lagi.Well,result aku taklah membanggakan sangat pun.Dan tak boleh gak nak buat parents aku proud.Memang depressed jugalah.Tapi aku rasa happy juga sebab rekod aku bersih dari cacat cela kegagalan.FUHHH!Alhamdulillah.

Aku rasa aku redha je dengan keputusan aku.Taklah sampai tak makan,tak mandi.Paling paling kurang pun aku 'sembur' sesape yang berani mati tanya pasal result aku UNLESS aku yang volunteer nak cakap.Haisy,minta maaflah kepada sesape yang dah kena 'sembur' dengan aku eh.Aku ney panas baran sikit.Okay,aku memang sedih walaupun aku redha.Siapa je nak dapat result teruk?Lagi lagi bila parents kau mengharap sesuatu yang susah kau nak dapat.Yang paling merobek hati aku adalah bila orang ney dok cakap... "Cikgu bla bla (bukan nama sebenar) tu bawa nasi beriani pergi sekolah bla bla(bukan nama sebenar) sebab anak dia dapat 11A!". Ada yang lain... "Anak bla bla tu dapat 10 A.Hebat kan?Bagus result anak dia." Dan bila aku buat muka,barulah perasan... "Eh,result anak kau pun okay juga.Bolehlah nak masuk uni nanti. " What a bullshit sucker ever after tuut tuut tuut.Aku tak cakap apa apa. =_="


Look,aku tak kisah lah  anak makcik bla bla anak cikgu bla bla anak ustazah bla bla anak engineer bla bla anak doktor bla bla anak sesape sakalipun...punya result...eh,go hell lah!Aku bukan kaki sibuk nak tahu result orang lain.Apa apa pun congrats dekat diorang yang dah berjaya buat parents diorang kembang hidung selama satu hari dan...bila bila.Okay,one day I gonna make it u kepoh kepoh!!So,tak payahlah nak judge result aku,gelak gelak...bajet macam aku berahsia ala ala lagu ''Biarlah Rahsia".Ouh,pleaseee~~~Kau nak tahu sangat,tanyalah dan prepare untuk di'sembur'.Aku tak heranlah!Sebab aku tahu aku dah buat sehabis mungkin dan ini adalah result terbaik aku since aku tak suka langsung course yang aku ambik time F4,F5 dulu.


Ouh,lagi satu...Aku tak heranlah kau nak tanya aku credit ke apa ke sebab once aku dah menyampah dengan situation macam ney,aku akan balas dendam!Tapi dengan cara yang baiklah sebab aku akan prove kan yang aku akan jadi BETTER dari anak kau yang dapat 10A,11A or 21A sekalipun. *ade ke?*Seriously aku berdendam.Dapat???Dan walaupun susah aku nak bangun dan naik juling aku dok mencari scholarship yang mostly requirement 8A's and above,tapi aku tak kisah.Rezeki aku belum sampai.Heh...


Aku memang marah dan ter-emo sikit bila buat entri ney.Orang keliling aku dok bertanya result,dok membandingkan result.Yang over mak bapak dia...Anak yang dapat straight cool je.Tu yang aku malas tu.Haisy.Bukan aku tak puas hati,cuma agak menyampah.Aku dah okay,cheer up...kau pula spoilkan mood.Huh...


Okay,to me...ini adalah satu pengajaran paling bermakna untuk aku setelah hati dan telinga aku didera untuk dengar result anak orang lain yang best best belaka.Lepas ni aku akan bangun,dan jangan terkejut pula budak yang cuma result cukup cukup makan menggegarkan dunia ney.AHAHA.Ayat over lah pula. :)


Dan kepada sesiapa yang baca entri aku,KEPADA MEREKA YANG CEMERLANG,aku ucapkan jutaan tahniah untuk korang.Ini rezeki dan usaha korang dan you deserve to have it.Korang dah mula naik kan semangat aku untuk terus mara walaupun susah.Again,CONGRATULATIONS.


Dan kepada yang RESULT YANG MACAM HAMPEH...*akulah tu* NEVER GIVE UP.Teruskan perjalanan korang,sebab hidup ney macam roda.Ada masa kita akan berjaya dan ada masa kita akan jatuh.Go ahead kalau korang nak menangis,itu tak bermakna kita lemah.Kita penat je,dan teruskan journey korang sampai bila bila. :D




Sekian terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment

nak comment apa?baik cakap.hehehe.. :)