Wohoho...Assalamualaikum semua.Apa khabar?Sihat?Harap haraplah sihat sejahtera lah eh.Okay,entri aku kali ney adalah about pengalaman aku menghadapi ujian yang membuatkan jantung aku hilang dan nak terkencing setiap masa,iaitu ujian yang agak menggerunkan selain exam exam besor kat Malaysia ney.JPJ test.Wokay,actually tak ada lah concrete reason yang menyebabkan aku nak terkencing setiap masa kan?Adalah weyh!Bukit.Hahh,time nak naik bukit aku memang ada masalah,sebab kadang kadang aku terlajak,kadang kadang aku terkurang.Tension weyh time latihan.Yang lain semua aku rasa aku okay.Lagi yang buat aku takut bila member member aku dok cakap yang tester kita tu depends on mood diorang.Nasiblah kalau dapat yang okay atau ko.Perghhh!Tersentap aku bila dengar.Aku pulak,rabu lepas aku dapat sesi ke tiga dan nombor 64.So,korang boleh bayangkan betapa panas dan lamanya aku menunggu untuk diuji.Wait!Itu baru bahagian 2,which is bukit and etc.Okay,belum lagi masuk ujian 3 which gonna be otr.Aku memang dup dap sehabis mungkin,ditambah pulak tangan aku dah sejuk macam orang mati.Aku cuak gak kalau tiba tiba handbrake kereta yang aku dapat tu ketat ke,brek xmakan ke...mahu kereta aku terundur ke belakang,kan tak pasal pasal dah fail.
Okay...bila turn aku dah sampai untuk ujian bukit,masa tu jam aku dah tunjuk pukul 4.00.Aku pun,cepat cepat masuk dalam kereta,cool kan diri,main gear,brek dengan handbrek.Penting woii!!!So,bila nombor aku dipanggil...aku dengan tak fikir pape,terus tekan minyak...and yeah...it was a...DRIFT!Puan JPJ tu sound aku.Hahahaha.Luckily masuk kut.Cantik je tengah tengah petak kuning.Aku buat derk je bila dia bebel.Terus turun,dan mintak maaf gaklah pasal ter-drift tadi.Hahaha.And masa yang aku ambil cuma 1 minit.Then,aku proceed pergi parking dan...apa lagi satu tuh?3 penjuru eh?Whateverlahh...
Selesai sudah ujian 2,aku pergi ke Dewan Cempaka untuk tunggu turn amek ujian 3.Guess what???Pukul 4.30 aku sampai,pukul 6.30 baru aku dapat otr.Memang lama.Tapi tak terasa lama pun sebab...sebab..er...takut kut.Okay,then...aku dapat kereta Viva,dan tester aku adalah seorang PUAN.So,aku redha je lah.Biasanya perempuan ney kan susah nak deal sikit.Aku setuju.Sebab mula mula aku masuk kereta dia dah menunjukkan ke-kerek-kan dia.Tapi,the best thing is,dia kerek sekejap je.Lepas tu dia dah jadi seorang Puan JPJ yang terlebih ramah.Memang dia main psychology aku lah.Dia best best je borak macam aku ney dah biasa drive kereta.Aku pun layanlah sambil fokus.Ye lah,tak nak terlepas jalan,sebab aku dapat jalan 3,which jalan tu adalah jalan yang dekat dan kau boleh terlepas kalau tak perasan.Tapi,Puan JPJ ney baik gak.Dia mula mula kerek,tapi dia gak tolong kawal brek aku.Aku dah dalam hati... "Isy,janganlah Puan JPJ ney tolong.Karang aku fail kang." So,aku pun cepat cepat tekan brek.Dan sangatlah selamat sebab aku tak terlepas laluan aku.Sekali lagi...Enjin aku mati.Tapi aku cepat cepat hidupkan.Dan...Dia mati lagi sebab aku terlepas klac.Takut woii!!!.Puan JPJ siap pesan.. "Klac tu,jangan angkat tinggi sangat okay.Support minyak lebih." PERGHHHH!Dah macam instructor akulahh...Cakap lembut pulak tu.Aku pun,okaylah.Chill je dulu.Lagi sekali....Ada kereta yang dok halang jalan aku.Dan sekali lagi Puan JPJ... "Low gear." Aku tahu,sebab memang aku dah low gear.Aduhh..dia tekan lagi brek walaupun aku tekan gak.Dalam hati aku dok cakap aku fail lah ney.Banyak benor dia tolong.Aku macam..redha je lah.Dan,bila aku nak masuk pintu SKEM...Puan JPJ cakap lagi dengan nada yang lembut. "Okay,free gear siap siap...Lepas tu masuk terus eh."
Aku sebagai budak yang dah merasa kecewa,angguk je.Then dia bagi borang aku,suruh sign.Guess what???OHMAIGOSHHHHHH!!! 18/20!!!.Hahahaha....Aku terus keluar dan cakap.. "Terima kasih Puan."
Hahaha...Itulah al kisahnya.Tapi,walaupun aku dah lulus...aku tak rasa happy.Kenapa?Adalah sebab sebab tertentu yang buat aku rasa aku tak patut happy.Dan aku bukan selfish untuk tengok orang lain sedih sedangkan aku gembira gila. :)
No comments:
Post a Comment
nak comment apa?baik cakap.hehehe.. :)