Thursday, December 30, 2010

It's Not Easy To Be Me Part 2. - Kawan-

Hahh...Well hari ni patutnya aku dah mula untuk tulis aku punya karya,tapi cam malas je.hahaha..Hari ni aku nak jadi journalist sat.Aku nak story about member2 yang aku sayang.Habis je SPM,aku tak kerja sebab aku malas and papa aku cakap tak payahlah.Lepas je habis exam,aku rasa boring.Boring sebab aku dah tak ada kawan yang aku nak sakat.Lagi2,aku duduk dekat hostel.Tahu je lah rapat kitorang dah macam adik-beradik.Member2 yang rapat dengan aku adalah..Nur Liana Mohd Sahimi , Aina Mardhiah Muhammad Khairuddin , Nur Amirah Mohd Nasai , Noor 'Afina Zainal Azhar ,Nur Ashira Bakhtin..Macam2 suka dan duka kami harungi bersama.Diorang jugalah antara orang2 yang menyaksikan jatuh bangun aku.Nana,seorang member yang sangatlah prihatin.Dia gilakan sajak2 aku.And boleh pulak bagi sajak aku kat boyfriend dia.Hahahaa..Aina Mardhiah?Member yang banyak tolong aku dalam subjects yang aku lemah.Dia banyak bagi dorongan dekat aku.Amirah pun sama..Banyak nasihat aku tentang hidup.Aku mengaku yang aku ni agak childish..Tapi dia jugalah ajar aku untuk jadi matang dalam diam.Thank you,korang.Dulu,aku rasa aku tak perlukan kawan.Frankly speaking,aku bukanlah seorang perempuan yang suka mix dengan orang lain.Aku dulu kuat kena buli.Siapa je aku nak harapkan sebab aku rasa tak ada siapa suka aku.Tapi rupa-rupanya Allah itu Maha Kaya.Dia kurniakan aku seorang sahabat yang banyak tolong aku.Back up aku.Bila aku nangis,dia pujuk aku.Semuanya tentang kawan bermula dari aku masuk tadika.Tadika Rasyad,Tmn Melawati.Thanks to Nadia and Aisyah yang selalu bersama aku.Dari situ aku mula tahu,seronok rupanya ada kawan.Masuk je sekolah rendah,first sekolah rendah aku,Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya,Wangsa Maju.Aku still budak yang berfikiran kolot.Hahaha..Anggap diri aku ni insan yang dipinggirkan.Tapi,dari sini jugalah aku berubah.Dari seorang yang pendiam,aku jadi budak yang pot pet pot pet.Hahaha..Masa ni jugalah aku kenal dengan classmate aku yang rapat dengan aku,Muhammad.Aku rapat juga dengan 3 orang senior aku,Aidil,Atikah and Aqilah.Kitorang duduk dekat flat Wangsa Maju.Seronok berkawan dengan diorang.Diorang dah macam abang and kakak aku.Lagi best bila aku dapat duduk sebelah budak melayu yang tak reti cakap melayu.Mak aih!Speaking je memanjang.Selamat aku faham.Hahaha..Then,bila aku masuk sekolah baru,Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu,aku dibuli balik.Tapi,ada seorang heroin ni protect aku.Fazlin Nadhirah.Masuk pula sekolah menengah,Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang..Aku bukan budak yang dibuli lagi.Maybe dah besar sikit.Dekat sekolah tu,senang je aku dapat kawan.Yang paling rapat dengan aku adalah Nur Ain Adilah Kamaruzzaman.Bila dah bergelar remaja,aku dapat tengok dunia dengan lebih luas.Aku bergaul dengan macam jenis budak.Otak aku yang kolot ni pun dah berubah.Hahaha..Sampailah bila aku tingkatan 4,aku berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.Dekat sini,aku mulai tahu erti sahabat yang sebenar.Memang best waktu sekolah.Tapi tak best bila kena jawab exam,buat homework,gagal..Bagi aku,zaman persekolahan mengajar aku erti persahabatan dan kehidupan.Mengajar aku bagaimana untuk survive bila susah dan senang.Mengajar aku agar tidak mudah menyerah kalah dan terus berjuang dalam kehidupan.Serta mengingatkan aku bahawa Allah sentiasa bersama kita.

2 comments:

  1. Frankly speaking, I cry when I read this :'( Waaa rinduuu!

    ReplyDelete
  2. hahaa...aku memang suka wat karya yang wat orang nangis kann.. :D

    ReplyDelete

nak comment apa?baik cakap.hehehe.. :)