ASSALAMUALAIKUM. Sedar tak sedar hari ney aje aku dah post dekat 4 entri(s). Nampak benor lainnya aku. Normally nak post satu entri pun liat yang teramat sangat. Tengok title, everyone knows what i'm talking about. Yess, its about life. And when i'm typing this, my feelings mixed! Everything turns mess, and i'm hoping for miracle to cheer me back. Sangat sunyi rumah aku memandangkan semua isi rumah dah pun ke kamar masing-masing. Tinggal aku seorang diri, menghadap laptop dan mencari medium yang dapat menenangkan emosi aku.
Pagi tadi, aku bicara mengenai hati dan perasaan. Malam ni, aku nak bicara mengenai kehilangan.
Apa yang korang rasa bila korang dah gaduh besar dengan orang yang korang sayang, and tiba tiba dia rahsiakan suatu rahsia yang besar? Yang akan membuatkan korang terkedu, speechless, nak menangis dan etc. Dan dia cakap, dia sedang menghitung hari mengikut pengiraan doktor???
Dan ini adalah apa yang aku rasa. Aku terdiam dan gelak. Kau tipu akukan??? Dan dia berkata, tidak. Dan saat tu aku rasa macam nak pengsan, tersungkur dan...entah! Aku nak menangis, tapi aku tak tahu kenapa aku tahan? Serius, aku tak sanggup nak face masa akan datang. Time tu korang ingat, flashback balik segala messages korang, tapi tak kesampaian. And time tu jugak, orang yang text korang all this while memang dah tak ada. Dan aku tak dapat nak membayangkan diri aku time tu. Sebab aku tak kuat nak hadapi ujian yang satu ney. Aku tahu ianya qada' dan qadar... Tapi aku cuma seorang gadis biasa yang tak kuat, bukanlah tabah nak menghadapi dugaan yang aku rasakan hebat.
Dan sejak dari hari tu, aku istighfar. Aku berharp sangat yang semua ni cuma mainan tidur. Aku bangun keesokan paginya dengan jiwa yang tenang, tapi aku tak mampu menipu diri sendiri. Hakikatnya telah jelas terpampang di depan mata. Aku tahu, Allah tak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu hamba-Nya tanggung, namun cukup kuatkah aku untuk menghadapi semua ini???
Andai bisa, aku nak undurkan masa lampau, dan hentikan waktu. Namun itu cuma kata. Realitinya adalah drama yang berlangsung pada esok, esok dan esok harinya.
Dan aku kini hanya mampu berdoa, agar semuanya seperti sediakala. Hadapi hari hari mendatang dengan penuh keceriaan dan keredhaan dari-Nya. Seandainya bisa... Namun Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Dan seandainya bisa... Biarlah hari hari esok itu mampu menguatkan dia. Mampu menahan dia dari mengingati segalanya... Dan seandainya bisa, kerana aku mahu menjadi yang halal buat dia.
Ya Allah, tabahkanlah hati ini, permudahkanlah urusan kami dan kabulkanlah doa hamba-Mu ini...
- AMIN -
No comments:
Post a Comment
nak comment apa?baik cakap.hehehe.. :)