Hati dan perasaan, satu kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk lain pun ada perasaan. As example, ibu kucing. Yang pernah aku tengok depan mata aku adalah seekor ibu kucing protect anak-anak kucing dia and marah aku bila aku nak ambil seekor anak dia. Okay,renungan mata ibu kucing tu sangat menakutkan. See, itu adalah salah satu bukti bahawa setiap makhluk yang Allah ciptakan punya hati dan perasaan.
" Mungkin aku tersilap langkah, mungkin niat aku bertukar lain yang menyebabkan aku menghadapi kekecewaan ini. Dan mungkin ini adalah satu ujian dari Allah, untuk menguji kekuatan aku, keimanan aku sebagai seorang manusia,sebagai seorang muslim dan sebagai seorang hamba-Nya.Anugerah perasaan yang tidak ternilai ialah apabila kita dikurniakan perasaan kasih, sayang, cinta dan bermacam perasaan lain yang positif. Perasaan ini tidak mampu digambarkan mahupun di sentuh.Hanya manusia yang merasai perasaan ini sahaja yang mampu mengungkapkan tentang ini.Dan kadang kala, mereka yang merasai perasaan ini langsung tidak termampu mengungkpakan dengan kata kata. Begitu juga aku.
Aku hanyalah manusia biasa, yang langsung tidak sempurna, yang lemah dan bukan pula seorang yang tabah. Aku tak kuat untuk menghadapi kesukaran, namun aku gagahkan diri kerana aku tahu ini cuma dugaan semata-mata. Aku tak mampu untuk menangisi segala keperitan, kesakitan mahupun kegembiraan. Hanya sebaris senyuman yang mempunyai ribuan erti tersirat. Aku cuma gadis biasa, bukannya wonder woman, cat woman yang dikelaskan sebagai superhero yang perkasa. Sekali lagi aku katakan, aku sekadar gadis biasa. Tiada yang menarik. Tidaklah secantik wanita wanita lain di luar sana, namun aku tetap mensyukurinya, kerana aku tahu ini semua pinjaman cuma. Kelak, akan dipulangkan semula kepada yang Maha Esa.
Aku ingin meluahkan segalanya. Namun, tiada setitis air mata yang keluar. Bukan kerana aku egois. Bukan kerana aku terlalu menjaga air muka aku, namun kerana tiada gunanya menangis kerana perilaku kamu! Astaghfirullah...Mungkin aku tidak mampu untuk membahagiakan kamu.Mungkin aku terlalu banyak kekurangan diri yang menyebabkan kau berbuat demikian.
Jika kau lihat wajah aku, tiada sebarang perasaan luka terpancar. Aku hanya mampu tersenyum, senyum dan terus tersenyum. Aku tidak pandai menangis. Aku tidak reti menunjukkan luka aku. Namun aku merasai setiap perit yang menghiris hati. Acapkali aku terimbas perbuatan kamu, setiap itu aku rasakan lukanya. "
Okay,ayat aku sangat berbunga. Dari apa yang aku tulis dekat atas, korang dah dpt agakkan betapa sakitnya bila hati kita dilukai?Dipermainkan?Guys, kalau korang in a relationship tak kiralaa apa status sekalipun, never ever betray your partner. Jangan pernah menipu. Kalau korang buat, tell him/her the truth supaya partner korang tak terasa sakit sangat bila benda sebenar happen depan mata kepala him/her.
![]() |
| lukisan aku.HAHA.lawa tak?? :) |

No comments:
Post a Comment
nak comment apa?baik cakap.hehehe.. :)