Saturday, February 19, 2011

LELAKI IDAMAN...???

Woahh!Aku paling suka topik ney! *Bukan disebabkan aku gatal erk.*.Tapi aku suka sibuk sibuk nak tahu pendapat orang pasal jejaka idaman diorang.Sebab apa tahu...Sebab para gadis ney akan bagi pelbagai macam sebab yang tak pernah terpikir dek aku.Memandangkan aku ney,tak berapa nak pro pasal lelaki,aku zip je mulut ney.Dalam facebook,member member aku dok gila gila kan mamat korea.Hekhek..Yang feymes lahh,Rain dan bla bla bla...*Aku tak tahu siapa sebab aku tak kenal.Yang aku kenal cuma Jang Hyuk je lah.Hahha...*
Takeshi Kaneshiro

                                                                   
Ada tak nak yang hensem macam ney?Sure punyalah sebab masa aku tengok profile dia,majority perempuan,beb!Perghh!*Aku tergolong gaklah.*.Tapi aku minat lakonan dia je okay.Banyak betul para gadis tanya,dia dah kahwin ke..belum ke...Siap ada yang cakap,jangan kahwin!Haisyyy...hebat hebat...Memang no denial yang dia ney hensem.Hebat hebat...Tapi dia pun manusia gakkan?Mesti kahwin kalau dah ada jodoh.

Justin Bieber

Ney kalau siapa tak kenal,silalah ke laman web Google dan search...Tak pun gi lah dengar lagu 'Baby' tu.Ney pula boleh dikategorikan sebagai 'Lelaki yang Cute'.Aku tak tahu lah asal aku tak minat mamat ney.Dia ney pun hebat gak.Sampai wujudlah istilah ''Bieber Fever" eyh?Aku pun tak amek tahu.Tapi yang paling paling aku tahu dia ney memang jadi kegilaan girls di luar sana.Kenapa erk?Sebab dia feymes ke?Ke sebab dia cute?Kalau lagu dia,okaylah...Not bad lahh.. :)

Okay,how about pula dengan lelaki yang alim dan soleh.?Aku tertanya-tanya jugalah kalau ada lagi perempuan yang minat lelaki macam ney.Yelah,memandangkan dunia pun dah melangkah ke era globalisasi dan modenisasi,citarasa pun mestilah berubah jugakan?Tak nak dah lelaki sikat rambut belah tengah ke,tepi ke...Hmm...How to say eyh...Well actually memang ada!Macam aku.Aku tak minat sangat lelaki yang memacak-macakkan rambut..pakai seluar londeh,kalau tarik mahu tercabut terus!Lelaki soleh gak lah yang paling okay.Tapi,kita tak boleh judge orang based from dressing mahupun fizikal semata-mata kan?Kadang kadang orang yang muka cam tak ada perasaan tu baik.Kadang kadang orang muka yang innocent gila,sebenarnya setan.See.Lain kan?Well,apaapa pun,tu semua depends on citarsa masing masing.

Kalau aku pula...hmmm...Aku suka yang simple.Yang sempoi sempoi,selamba dahlahh..Yang sedap mata memandang...Aku tak tengok sangat rupa paras ney,sebab apa yang ada dengan muka semata-mata?Bila dah tua,hahh!Tatap gak muka berkedut-kedut tuh.
Maka,kesimpulannya...semua orang ada taste yang berbeza.Dan setiap manusia pun ada pandangan yang berbeza.Kadng kadang kita kata putih tu yang lawa,tapi ada yang tak setuju.Apa yang aku nak cakap,janganlah kejar wajah je sampai korang buta nak menilai hati budi seseorang tuh...Bak mama aku cakap... "Kalau muka hensem,buat sakit hati tak guna juga.Betulkan?"
so.fikir fikirlahh sendiri. :)


No comments:

Post a Comment

nak comment apa?baik cakap.hehehe.. :)