Wednesday, February 23, 2011

KARYA : Cerita Aku -Bab 1-

  Seringkali kita dengar,orang yang berpisah ribuan batu,akhirnya bertemu semula.Bertemu dan akhirnya bersama.Pengakhiran yang bahagia,bukan?Itulah mimpi.Mimpi setiap insan agar dipertemukan semula dengan orang yang dikasihi.Eh,kejap!Asal berbunga-bunga sangat ayat aku ni?Sorry eh!Aku tak layan ayat jiwang macam ni.Ni semua pengaruh Amanda Rizal,merangkap kawan baik aku dari tadika.Amanda merupakan seorang pelajar aliran sastera yang tak kurang glamour juga dekat sekolah.Oh,hai!Aku lupa pula nak perkenalkan diri aku.Nama aku Adelina Athirah Haji Yusoff.Orang biasa panggil aku Adelin,tapi aku tak suka!Aku suka orang panggil aku Tira.Kemelayuan sikit.Hehehehe.By the way,aku merupakan seorang pelajar aliran sains tulen.Seorang gadis yang memakai kaca mata berbingkai tebal berwarna hitam.Tak lupa juga pendakap gigi aku yang berwarna biru.Tinggi aku?Hmm...Taklah tinggi mana pun.Setakat 168 cm.Bertubuh slim.Err,perlu cakap ke?Kawan baik aku selamanya adalah Amanda.Nama macam orang putih sikit sebab dia berdarah campuran.Aku pula?Nama Adelina tu yang aku tak berkenan.Tapi mama aku,hisy!Payah nak cakap.Mentang-mentanglah dia bukan orang melayu,dengan aku aku jadi orang putih juga.Adik beradik?Aku cuma ada empat orang adik beradik.Aku anak ketiga dan merupakan satu-satunya anak perempuan tunggal keluarga.Yang lain semestinyalah lelakikan?Abang sulung aku,Adrian Fahim,angah pula Adrian Daniel dan adik aku yang handsome pula bernama Adrian Adam.Nama-nama pelik ni semua hasil karya mama aku,Pn.Thalia Abdullah.Merupakan seorang guru matemati dahulu di sebuah sekolah di New York sebelum berkahwin dengan  papa aku,Haji Yusoff.Aku rasa dah cukuplah kan aku bercerita pasal diri aku.Kalau nak tahu lagi,silalah baca cerita aku yang seterusnya.Cerita ni taklah menarik sangat,sekadar hiburan dan memori yang aku ungkapkan dalam sebuah karya.

No comments:

Post a Comment

nak comment apa?baik cakap.hehehe.. :)