Setiap detik waktu,aku bilang...Setiap kali ku bilang langkah-langkah perjalananku,aku lewati setiap jenis keindahan dan aku saksikan setiap jenis kelukaan.Aku sekadar gadis biasa,sempurna parasku,tidaklah rompong hidungku,tidaklah pula senget mataku.Aku sekadar gadis biasa yang dambakan belaian,aku mahukan oksigen yang segar setiap inci zarahnya,tidak tercemar dek kotoran manusia,meresap terus ke dalam jantungku...Aku masih gadis biasa...yang suci,yang luhur,khilaf dalam kepelbagaian dan alpa dalam kemewahan duniawi...Aku gadis biasa yang lahir dari rahim ibuku,yang wujud dari benih bapaku...atas kehendak Yang Maha Esa.
Namun aku dinoda!Dinoda oleh kekotoran yang melambak!Perasaan aku dihitamkan,ah...sukar benar untuk aku padamkan!Kau oleskan arangmu,kau warnakan dengan kegelapan dan kau tinggalkan kesan...Kau berlalu tanpa kata.Genaplah usiaku 18 tahun pada 22 Januari ini...Dan 18 tahun jugalah sudah aku merasai bahagia dan derita.Terima kasih,sayang.Kau yang aku kasihi...pergi,dan mengajar aku erti kehidupan.
Kadangkala,aku ketawa.Ketawa dan menangis silih berganti,sehingga aku tidak mampu untuk mengalirkan sebarang titisan air mata.Aku mahu kau lihat...Renung tepat ke mataku,apa yang dapat kau gambarkan dari bola mata ini?Apa yang mampu kau lakarkan di atas kanvas lukisanmu?Dan apa yang mampu kau hebahkan kepada dunia?Kau lihat pula hati ini,kiranya kau bisa pegang hati ini...apa yang dapat kau rasakan?Berapakah kuasa yang mengalir deras di salur-salur darahmu?Mampukah kau berbicara...atau sekadar terpaku?
Aduh!Jika bisa sahaja aku bangkit,dengan sedaya kudratku...Ingin aku katakan...Cukup!Noktahkan sampai di sini kerana aku sudah sakit.Dadaku mencucuk,kepalaku berdenyut...Namun,pernahkah kau mengerti?
No comments:
Post a Comment
nak comment apa?baik cakap.hehehe.. :)