Kita semua tahu yang kita tak boleh sesekali menangisi takdir...sebab itu semua dah ditetapkan Allah sejak azali lagi.Jangan sesekali mengeluh mengenai takdir kita,aku tahu itu....Tapi aku cumalah insan yang lemah..kadangkala aku sendiri kecundang menyembah bumi.Kadangkala air mata aku sendiri mngalir di pipi...Ah,payah benar mahu aku ungkapkan segalan-galanya...Terasa kaku jari jemari ini menaip,terasa kebas tangan ini tatkala mahu meluahkan segalanya...Mengapa payah benar untuk aku menggapai kemahuanku?Mengapa harus aku diuji dengan kesakitan melihatkan orang lain yang sedang bergembira dan berbahagia?Bukanlah aku kisah benar akan kegembiraan mereka,cuma aku terasa.Ya!Aku terlalu terasa.Entahlah,aku sendiri tidak pasti dengan diri aku.Apa kemahuanku sukar untuk aku perolehi,sehinggakan aku mulai rasa aku harus lepaskan segalanya agar aku tidak sakit lagi.Kerana aku sudah penat untuk merasai dilukai dan disakiti.
*sigh*
No comments:
Post a Comment
nak comment apa?baik cakap.hehehe.. :)